Sunday, August 3, 2008

Peluang untuk menternak Lintah Di Sabah

Penternakan Lintah secara komesial mula dikenali di Malaysia sejak dari tahun 2006. Sebelum ini walaupun telah terdapat kajian yang dilakukan oleh beberapa pusat pengajian tinggi, namun masyarakat pada umumnya masih belum mengatahui akan prospek di dalam ternakan lintah ini.Cuma setelah terdapat pendedahan yang sering dilakukan di akhbar-akhbar dan TV barulah masyarakat di Malaysia mula mengambil peluang menceburi di dalam penternakan lintah.

Di luarnegara seperti Eropah, Cina, Amarika syarikat dan lain-lain negara sebenarnya telah lama membuat kajian tentang lintah. Sama ada di dalam perubatan morden, kosmetik dan juga perubatan tradisional.

Oleh kerana hasil dari kajian yang di perolehi, maka permintaan untuk mendapatkan lintah di peringkat antara bangsa adalah sangat mengalakan.
Harga di pasaran antarabangsa adalah lumayan kepada pengusaha-pengusaha yang telah berjaya menembusi pasaran.

Buat masa ini permintaan pasaran lintah untuk di dalam negara sahaja sebenarnya masih belum mampu di penuhi oleh para pengusaha lintah tempatan. Harga yang di perolehi oleh pengusaha ternakan lintah adalah di antara RM60.00 hingga RM100.00 bagi setiap kilogram.

Kepada Rakyat Sabah yg Berminat untuk menceburi peluang dalam bidang penternakan lintah dan ianya masih baru dan mentah di Sabah..Be one of the pioneer and grow together with Sabah
Development.

Untuk Keterangan lanjut mengenai cara pemasaran dan cara ternakan sila hubungi:

tel: 0168013530 ( Dhillon )

rebut lah peluang ini sementara ianya masih PANAS DI SABAH!!!

No comments: